Rody (Kristal) kini suami penjaga gol futsal kebangsaan - Hiburan | mStar

Rody (Kristal) kini suami penjaga gol futsal kebangsaan

Rody dan Nur Izwani sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada malam Jumaat. Foto Instagram @lvp.co & @niena_azmann

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody selamat bergelar suami kepada pengaja gol futsal kebangsaan, Nur Izwani Azman dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada malam Jumaat.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, dan Nur Izwani, 31, dinikahkan oleh jurunikah Nazlee Abdul Razak pada majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor.

Pada majlis itu, Rody, menyediakan mas kahwin sebanyak RM111 manakala wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Rody berjanji akan menjaga dan menyayangi isterinya dengan baik.

Nur Izwani atau lebih mesra dengan sapaan Deqno turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran.

Sementara itu, pasangan itu diraikan dalam sebuah majlis kenduri di Dewan Raya Kulai, Johor pada Sabtu.

Rody menerusi Instagram miliknya menyifatkan perkahwinannya itu sebagai hari bersejarah buat dirinya dan berjanji akan menjaga dan membimbing isterinya dengan baik.

Rody dijulang rakan-rakannya selepas sah bergelar suami.

"Alhamdulillah... hari ini hari bersejarah buat hidupku. Dengan sekali lafaz aku telah menjadi suami @niena_azmann.

"Buat isteri yang tercinta, Insya-Allah I akan jaga dan bimbing sayang," tulisnya.

Sebelum ini, Nur Izwani memberitahu dia terbuka hati menerima Rody kerana gitaris itu bukan seorang lelaki yang suka 'mengayat'.

Rody sah bergelar suami dengan sekali lafaz.

Katanya, Rody adalah lelaki pertama yang benar-benar berani untuk melamarnya berbanding lelaki lain yang hanya manis mulut.

Rody sebelum ini melamar Nur Izwani menerusi Instagram dan mencabar Nur Izwani mengulang siar (repost) status mesejnya itu jika dia sudi menjadi isterinya.

Cabaran itu akhirnya disambut oleh Deqno dan peminat mereka mula mengucapkan tahniah pada status yang dikongsi.

Rody Kristal , Nur Izwani Azman

Artikel Sebelum

Karnival OK, mestilah okey!

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut