suria

Kemana Shahir Hilang Terjawab, Dia Muncul Pada Majlis ‘Birthday’ Engku Aleesya

Kelihatan Shahir yang duduk pada barisan kanan gambar hujung pada majlis hari lahir ke sembilan tahun Engku Aleesya (kiri depan). FOTO: Instagram Intan Zabidin.

PETALING JAYA: Selepas pentas akhir AF Megastar berlalu pada Oktober tahun lalu, pesertanya, Shahir Zawawi yang terpalit kontroversi isu hutang terus lenyap daripada rada dunia hiburan tanah air.

Laman sosial rasminya juga yang diletakkan dalam mode ‘private’ hampir enam bulan tidak aktif yang mana ia terus menimbulkan tanda tanya kemanakah dia menghilang?

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Tanya Erra, Tanyalah Shahir

Malah artis yang dikaitkan dengannya iaitu primadona Erra Fazira, 44, juga enggan memberi sebarang komen mengenai sejauh manakah hubungan mereka itu.

Shahir sentiasa membuatkan dirinya menjadi misteri.

Namun teka-teki kemana hilangnya Shahir, 30, terjawab apabila dia muncul pada majlis ulang tahun kelahiran ke sembilan Engku Aleesya iaitu puteri Erra Fazira yang lahir pada 30 Mac 2009.

Majlis berkenaan di adakan beberapa hari lalu di sebuah restoran Jepun iaitu Shinnihon di Desa Sri Hartamas, Damansara dekat sini.

Dalam perkongsian gambar di Instagram milik sahabat Erra yang juga bekas wartawan hiburan iaitu Intan Zabidin, kelihatan beberapa keping gambar menampakkan kelibat Shahir yang duduk bersebelahan Erra bersama teman-teman lain.

mStar Default Image
Erra Fazira

Kemunculan foto itu sedikit sebanyak melenyapkan teka-teki kehilangan pemuda itu selama ini selain membuktikan pasangan berkenaan masih lagi berhubung.

Biarpun majlis berkenaan dibuat pada saat-saat akhir namun Erra berpuas hati dengan konsep dan dekorasi yang diilhamkan oleh Riesya Mail.

Semoga hubungan Erra dan Shahir terus bersemi namun lebih indah jika ia dinokhtahkan dengan ikatan perkahwinan jika benar mereka bercinta.

Erra Fazira, Shahir

Artikel Lain