suria

Tak Puas Hati Sikap Peminat Fattzura, Shiera Minta Mereka Ditegur

Shiera minta Fattzura tegur peminat mereka yang terlalu taksub.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah atau Shiera kesal apabila tindakannya berkongsi foto-foto kenangan perkahwinannya dengan Ijoy disalahertikan apabila dia disangka tidak mendapat jemputan ke majlis resepsi persandingan Fattah Amin dan Fazura.

Shiera, 44, mendedahkan dia menerima kecaman segelintir peminat artis itu yang kurang senang dengan apa dilakukannya.

"Macam ni ya peminat Fazura dan Fattah, saya bukan minta simpati sekadar ingin berkongsi. Tapi tak pasal-pasal aku kena maki sebab throwback gambar kahwin.

"Sayangnya anak-anak sekarang. Nak bagi tahu Allah boleh tarik apa yang kita ada bila-bila. Jangan benci kami sangat," tulisnya di Instagram pada Selasa.

Status dimuat naik Shiera.

Shiera memuat naik 11 keping foto majlis perkahwinanya dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 43, sempena ulang tahun ke 15 perkahwinan mereka.

Pasangan itu disatukan menjadi suami isteri pada 28 Februari 2003.

Menerusi perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Airell, 14, Airra, 11 dan Audrra, 9 tahun.

Shiera turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 19, hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.

Shiera muat naik foto lama sempena ulang tahun ke 15.

Sementara itu, Shiera memohon Fattah dan Fazura menasihati peminat supaya tidak keterlaluan dan taksub terhadap mereka.

"Siapa peminat Fattah Fazura? Mungkin tak semua macam ni tapi Fattah Fazura kalau ada party dengan peminat tolong nasihat sikit yang beria ni," katanya. 

Pasangan yang dikenali dengan gelaran Fattzura itu telah melangsungkan majlis persandingan pada Ahad lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Shiera, Ijoy, Fattah Amin, Fazura, Fattzura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain