suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haziq (Putera Band) Patah Tulang Rusuk, Kemalangan Dengan Lori

Haziq kini di rawat di wad kecemasan HKL.

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Putera Band iaitu Haziq kini berada di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kemalangan pada kira-kira pukul 9.30 pagi Rabu.

Ibunya Linda berkata, motosikal yang ditunggang anaknya itu merepuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan.

"Pagi tadi (Rabu) dia keluar untuk membeli sarapan menaiki motosikal dan merepuh sebuah lori yang pakir di bahu jalan. Dia tidak perasan lori tersebut kerana ia adalah laluan motosikal dan bukan tempat pakir.

Beginilah keadaan Haziq. Kita doakan dia sembuh.

"Sekarang dia masih lagi di zon merah wad kecemasan HKL dan mendapatkan rawatan," ujarnya kepada mStar Online, Rabu.

Tambah Linda yang juga anggota kumpulan dangdut Eva, Haziq, 18, mengalami patah tulang rusuk dan paru-paru bocor sehingga mengakibatkan sesak nafas.

Katanya, doktor juga memberitahu terdapat darah beku pada bahagian kepala yang berkemungkinan akan dibedah.


Anggota Putera Band

"Doktor sedang buat pemeriksaan lanjut, setakat ini saya diberitahu tulang rusuk di patah dan paru-paru bocor menyebabkan sesak nafas.

"Ada penderahan di kepala cuma tidak tahu ia serius atau tidak. Sekarang saya tunggu keputusan doktor sama ada ingin buat pembedahan atau tidak," ujarnya.

Linda berkata, Haziq akan berehat buat sementara daripada sebarang aktiviti seni bersama kumpulan tersebut.

Haziq, Putera Band

Artikel Lain