Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Meninggal Dunia - Hiburan | mStar

Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Meninggal Dunia

DIKEMAS KINI

PETALING JAYA: Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul  12.40 tengah hari pada Rabu.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmil Mustapha Beransur Pulih

Antara babak lakonan Azmil Mustapha pada zaman popularnya.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini untuk dikebumikan selepas waktu Asar.

"Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan," katanya ringkas.

Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki lima orang anak hasil perkahwinan itu berusia antara 15 tahun dan 32 tahun.

Dia juga mempunyai tiga orang cucu berusia antara dua dan lima tahun.

Azmil Mustapha

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel