suria

Pihak TV3 Dedah Iqram Beberapa Kali Mahu Ceroboh Persembahan Altimet

Altimet berang apabila mengetahui Iqram cuba naik pentas ketika persembahannya.

BAYANGKAN jika berlaku perkara buruk yang tidak diduga dalam sesebuah siaran langsung, ia bukan sahaja mencacatkan program berkenaan sebaliknya memberi implikasi buruk kepada pelbagai pihak.

Bagaimanapun kecacatan yang nyaris berlaku semasa siaran langsung Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pada malam Ahad lalu dapat dielak apabila petugas TV3 berjaya menghalang Iqram Dinzly yang beberapa kali membuat percubaan untuk menceroboh pentas anugerah itu ketika siaran langsung.

Penerbit Eksekutifnya, Nurhul Huda Khalid berkata, pihaknya terkejut apabila mendapati Iqram beberapa kali membuat percubaan untuk mamasuki kawasan pentas ketika lagu Amboi  nyanyian Altimet didendangkan.

"Kehadiran Iqram bukan dalam perancangan kami atau sengaja kami buat gimik. Saya sendiri terkejut selepas diberitahu oleh pihak pengurus pentas bahawa dia cuba naik ketika persembahan Altimet tapi berjaya dihalang kerana perkara itu dikhuatiri menjejaskan pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqram Dinzly Nyaris Ceroboh Persembahan Altimet! Kalau Tidak Jamah Buku Lima

Aksi Iqram semasa penutup AJL32 ketika Hael Husaini membuat persembahan. FOTO MY NEWS HUB

"Satu kerja pula dia (pengurus pentas) kena jaga Iqram sepanjang persembahan Altimet itu untuk memastikan hasratnya naik pentas dapat dielakkan," ujarnya kepada mStar Online.

Nurhul Huda diminta mengulas tindakan Altimet yang bengang selepas mandapat tahu Iqram mahu menceroboh pentas AJL32 ketika dia membuat persembahan. 

Kata Nurhul Huda, pihaknya mengetahui kehadiran Iqram selepas dimaklumkan dia menjadi tetamu jemputan untuk program Tonton Extra pada acara karpet merah sebelum petandingan itu bermula.

Bagaimanapun, katanya Iqram berjaya juga naik ke pentas pada persembahan penutup iaitu ketika Hael Hussaini menyanyikan semula lagu Jampi selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah itu.

Nurhul Huda Khalid

"Iqram berjaya naik pada waktu penutup, masa itu kami (pihak produksi) semua sudah sibuk dan tidak perasan dia berada di pentas. Nasib baik juga dia naik pada penutup tidak menganggu fokus penyanyi ketika membuat persembahan.

"Ia juga satu pengajaran kepada pihak kami agar lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

Pada acara itu, Altimet memenangi trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Manakala Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong iaitu Jampi.

AJL32 mencatatkan sebanyak 6.1 juta penonton iaitu tambahan sebanyak 350,000 berbanding tahun lalu seperti dilaporkan pihak TV3.

AJL32, Altimet, Amboi, Iqram Dinzly

Artikel Lain