Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk - Hiburan | mStar

Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk

Nabila terkejut menerima mesej ugutan di laman Twitter. Foto Instagram @nabilarazali

PENYANYI Nabila Razali terkejut apabila menerima status berbentuk ugutan di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Biarpun sudah lali dengan kecaman netizen, Nabila berkata status yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial itu disifatkan sebagai keterlaluan.

"Saya menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan oleh segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising.

Nabila terkejut menerima komen daripada netizen di laman sosial.

"Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Tren yang​ kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun menganggu penguna MRT lain," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, pemilik akaun Twitter @pikajue menulis "Kalau aku dalam MRT ni, mau aku tumbuk perempuan ni".

Penyanyi lagu Pematah Hati ini memuat naik paparan skrin tersebut dan bertanya adakah dia perlu membuat laporan polis berhubung ugutan sebegitu yabg dirasakan mengancam keselamatannya.

Paparan skrin yang dikongsi Nabila di Instastory.

Bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini berkata dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan berkaitan isu berkenaan.

"Setelah perbincangan dengan pengurusan rasanya tak perlu sampai nak buat laporan polis dan anggap itu mungkin hanya usikan nakal netizen.

"Namun, saya harap tidak jadi perkara macam ni kerana kita hidup dalam negara yang aman kenapa perlu ada sikap negatif sebegitu," ujarnya. 

Nabila Razali

Artikel Sebelum

Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut