suria

Tak Terlintas Nak Rapat Dengan Redza Rosli - Elvina Mohamad

Elvina Mohamad

PETALING JAYA: Pelakon baharu Elvina Mohamad menafikan hubungannya dengan Redza Rosli semakin mesra ketika menjalani penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf.

Elvina berkata, dia menghormati hubungan pelakon itu dengan aktres Ayda Jebat dan tidak pernah terlintas untuk mendekati aktor berkenaan.

"Saya terkejut dengan gosip itu dan tidak tahu apa motif buat cerita tidak benar begitu.

mStar Default Image
Semua orang tahu Ayda dan Redza mempunyai hubungan istimewa.

"Orang semua tahu Redza dengan Ayda dan jangan pula lagakan saya dengan dia pula dengan cerita seperti ini," ujarnya kepada mStar Online.

Elvina berkata demikian ketika diminta mengulas laporan di ruangan pojok pada Ahad lalu bahawa hubungannya dengan pelakon Redza semakin rapat.

Menerusi laporan itu, Elvina dikatakan memuat naik video berlari-lari bersama aktor itu dan keluar bersama selepas selesai penggambaran.

Sementara itu, aktres ini menjelaskan dia tidak pernah sekalipun keluar bersama pelakon berkenaan.

Antara lakonan Elvina dan Redza Rosli.

"Hubungan kami hanya dalam set sahaja, kalau keluar makan bersama pelakon dan kru produksi dia tidak pernah ikut.

"Itu yang pelik macam mana boleh sampai cerita kami keluar bersama pula. Dia jarang bergaul dengan kami sesudah penggambaran," katanya.

Drama Isteri Untuk Diiktiraf itu bakal ditayangkan pada Ramadan depan di RTM.

Elvina Mohamad, Redza Rosli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain