suria

Aliff Syukri Dibayar Seperti Pelakon Baharu

Aliff Syukri mengakui menerima bayaran seperti pelakon baharu. Foto: SHAARI CHEMAT / The Star

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu bayaran yang diterimanya untuk berlakon sama seperti pelakon baharu lain.

Aliff berkata, dia tidak meletakkan harga yang tinggi berikutan dia bukan pelakon berpengalaman dan masih belajar.

"Saya berlakon suka-suka sahaja tapi banyak pula tawaran. Saya tidak boleh ambil semua kerana tiada masa yang banyak untuk itu.

Aliff tak letak bayaran tinggi sebagai pelakon.

"Bayaran saya untuk berlakon tidak banyak macam pelakon baru dapat. Dalam RM1,000 lebih sahaja untuk satu drama atau satu episod," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau ditemui pada sidang media pelancaran tudung Aliff By Sha dan pembukaan restoran Romah Makan Terlajak Laris di sini, pada Selasa.

Aliff bakal keluar dengan filem pertamanya berjudul Badang pada 15 Februari depan.

Aliff dan isteri, Shahida.

Drama bersiri lakonannya berjudul Tuyul Ke London juga ditayangkan bermula 24 Disember ini sebanyak 24 episod di Astro Ria.

Sementara itu, bercerita tentang lagu Abang Nak Tegur, Aliff berkata, dia masih lagi dalam rangka promosi lagu berkenaan.

"Alhamdulillah, sambutan baik dan sudah pun dimainkan di radio tempatan dan pencalonan Muzik-Muzik.

"Insya-Allah, pihak syarikat rakaman ada perancangan untuk single kedua saya, sebagai penyanyi saya ikut sahaja yang terbaik," ujarnya.

Aliff Syukri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain