suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Pick Up Line' Anak Joy Revfa Menusuk Jiwa!

Joy Revfa bersama anak kesayangannya, Arryan Firdaus. Foto Instagram @joyrevfa

SEJAK sah bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada Oktober lalu, usahawan Joy Revfa dilihat lebih menumpukan kepada perniagaan dan anak lelakinya hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Arryan Firdaus.

Menerusi perkongsian terbaharu Joy di Instagram peribadinya pada Isnin, pengikutnya sayu dan tersentuh hati dengan kata-kata Arryan yang menggelarnya sebagai super hero.

Joy menerusi status di Instagram menulis, dia ingin membeli permainan super hero untuk anak kesayangannya itu namun ditolak oleh kanak-kanak berusia empat tahun itu.

"Arryan tak nak super hero lagi, ibu..."

"Kenapa? Nanti ibu belikan super hero Arryan..."

"Arryan tak nak...! Kan ibu super hero Arryan..." tulis Joy di Instagram.

Perkongsian Joy mengenai anaknya turut mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Joy menerusi status sama turut meluahkan rasa sayu terhadap anaknya itu yang menganggap kanak-kanak itu sudah bijak berkata-kata.

"Tersentuh pula ibu dengar... Pandai tak Arryan main 'pick up line' untuk ibu?

"Nak suruh bodek beli apa ntah... ni mesti Mak Long dia ajar ni," katanya.

Perkongsian Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, itu turut menyentuh hati pengikutnya yang rata-rata menganggap ia perkara paling manis di antara ibu dan anak.

Malah ramai menganggap Arryan seorang kanak-kanak yang cerdik dan mendoakan agar dia terus menjadi anak yang soleh.

Pengikutnya juga meminta agar Joy lebih kerap memuat naik gambar Arryan selain video keletah kanak-kanak comel itu.

Joy Revfa, Arryan Firdaus

Artikel Sebelum

Untunglah Dapat Cium Neelofa

Artikel Berikut

Mia Ahmad Tetap Kunci Mulut

Artikel Lain