Harum Dalia Nama Anak Azwan, Ezzaty - Hiburan | mStar

Harum Dalia Nama Anak Azwan, Ezzaty

Azwan teruja berkongsi nama anak sulung, Harum Dalia. Foto: @azwankombos

PASANGAN pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang menyambut kelahiran bayi sulung perempuan pada 6 Disember lalu berkongsi nama dan foto terbaru anak mereka.

Menerusi muat naik status di laman Instagram milik Azwan, dia memberitahu nama anaknya itu ialah Harum Dalia.

Bagaimanapun, foto pertama memperlihatkan wajah Harum Dahlia yang dikongsi pada malam Khamis telah dipadam atas nasihat keluarga.

“Saya terpaksa padam gambar bayi atas nasihat keluarga dan hanya siarkan sijil kelahiran sahaja. Sebenarnya, saya teruja dan tak sabar nak kongsi kebahagiaan ini," tulisnya.

Azwan Kombos Mahu Rahsia Nama Anak

Azwan melalui fasa baharu setelah bergelar bapa.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen teruja dengan keunikan nama anak sulung Azwan dan Ezzaty.

Malah, ada yang mengharapkan agar nama tersebut membawa maksud yang baik dan memberi keberkatan pada bayi tersebut.

"Share the same birth day as my daughter. Welcome to this world Dahlia," tulis fairuzadlina.

"Sentiasa wangi bak dahlia nanti. Be a solehah daughter to parents baby," kata mommyrusha.

Gambar pertama yang dimuat naik di Instagram pada malam Khamis dipadam atas nasihat keluarga.

Terdahulu menerusi laporan mStar Online bertarikh 7 Disember, Azwan memaklumkan hanya akan berkongsi nama anak mereka setelah memasuki hari ketujuh kelahiran.

Jelasnya, dia sudah mempunyai beberapa pilihan nama sejak bayi itu dalam kandungan dan akan memilih nama yang mempunyai maksud baik serta mudah diingati.

"Apa yang penting, nama yang diberi bermaksud baik-baik dan mudah untuk diingati," ujarnya.

Ezzaty dan Azwan berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.

Artikel Sebelum

Johan As'ari Bergambar Di Kubur Terima Padah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Azwan Kombos Mahu Rahsia Nama Anak

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM