suria

Mawar Rashid Akhirnya Bertemu Pemain MU

Raf tunaikan permintaan Mawar bertemu dengan pemain bola sepak Manchester United. Foto Instagram: @rafyaakob, @mawarrashid

IMPIAN pelakon Mawar Rashid untuk bertemu pemain bola sepak Manchester United tercapai apabila dia diberi kesempatan bergambar bersama beberapa orang pemain kelab tersebut.

Mawar dan suami, Raf Yaakob berada di Manchester, United Kingdom (UK) menghadiri makan malam bersama kelab bola sepak itu.

Menerusi muat naik foto di laman Instagram milik Mawar dan Raf, pasangan selebriti ini dilihat bergambar mesra bersama beberapa orang pemain bola sepak antaranya David De Gea, Nemanja Matic dan Paul Pogba.

Mawar dan Raf swafoto bersama David De Gea.

"Terima kasih Raden bawa anje (manja) datang sini, jaga anje dan sayang anje. Anje akan menjaga kamu seumur hidup ini okay," tulis Mawar kepada suaminya.

Foto tersebut mendapat perhatian pengikut yang menyifatkan mereka sebagai pasangan bahagia dan romantik.

Pasangan ini tidak melepaskan peluang bergambar bersama Nemanja Matic dan isteri.

"Mawar so sweet, teruskan begini sampai bila-bila. Semoga rumah tangga selalu bahagia dan dikelilingi kebaikan dan kesejahteraan," komen cepa_boutique.

"Selamat menempuh bahtera perkahwinan hingga ke Janna, cepat-cepat dapat baby ya," tulis Syusyi97 pula.

Terdahulu, Raf yang juga Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia telah membawa Mawar menghadiri Manchester United UNICEF Gala Dinner.

Pasangan ini menghadiri makan malam kelab bola sepak terkenal dunia dan menggunakan peluang untuk berbulan madu.

Mawar dan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada 9 November lalu.

Raf yang juga Presiden Kelab MU Malaysia berkata, dia menggunakan kesempatan berbulan madu selama seminggu di negara itu.

"Kebetulan saya menghadiri majlis makan malam bersama pasukan MU, alang-alang kami berbulan madu di Manchester, Mawar pun teringin nak jumpa pemain bola sepak MU," katanya.

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain