suria

“Saya Tak Dendam Pada Vida” – Chef Wan

Chef Wan suka dengan personaliti dan sikap menjadi diri sendiri yang ditunjukkan Vida. Foto Instagram: @chefwan58

CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak menyimpan dendam atau mempunyai masalah peribadi terhadap usahawan Datuk Seri Vida.

Menuruf Chef Wan, dia mengagumi semangat yang ada pada Vida dan tidak pernah berasa iri hati dengan kejayaan wanita tersebut.

"Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida).

"Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak... dia nak juga," tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, Chef Wan sering mengutarakan pendapat yang agak lantang mengenai penampilan Vida selaku penaja program televisyen.

Antaranya, Chef Wan megecam tindakan Vida yang gemar menayangkan kemewahan di laman sosial.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

Sementara itu, Chef Wan mengakui hanya bergurau dengan Vida pada malam siaran langsung Konsert Gegar Vaganza hujung minggu lalu.

"Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

"Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!," gurau Chef Wan.

Dalam pada itu, Chef Wan berharap apa yang telah berlaku antara dia dan Vida menjadi pengajaran dan tidak perlu dikenang lagi.

Malah, dia memilih untuk memaafkan dan tidak mahu terus berdrama.

Chef Wan merupakan juri jemputan semasa konsert minggu pertama Gegar Vaganza 4, pada Ahad lalu.

"Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.

"Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan... forgive and forget and look forward to the future," ujarnya.

Video yang dimuat naik itu mendapat hampir 70,000 tontonan dan rata-rata komen yang ditinggalkan bersetuju dengan luahan Chef Wan tersebut.

Malah, ada pengikut yang memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh bapa kepada pelakon Serina ini.

Chef Wan, Datuk Seri Vida

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain