suria

Risteena Sudah Ada Teman

Risteena Munim

PELAKON Nur Risteena Munim memberitahu dia ada berkawan rapat dengan seorang lelaki namun belum lagi pada tahap serius untuk menjadi pasangan kekasih.

Risteena, 28, berkata, lelaki istimewa itu merupakan orang biasa yang bukan daripada golongan pelakon atau berada dalam industri hiburan.

"Saya ada berkawan dengan seseorang tapi belumlah sampai tahap serius ingin berkahwin. Orang itu bukanlah pelakon atau bekerja dalam industri.

"Setakat ini saya belum bersedia untuk berkahwin lagi, Insya-Allah mungkin dalam tempoh dua tahun lagi," ujarnya kepada mStar Online.


Risteena bersama pelakon dan pengarah Hantu Wangan.

Risteena juga berkata, dia terima jika adiknya iaitu pelakon Ruhainies bertemu jodoh terlebih dahulu.

Pelakon drama Gaduh-Gaduh Sayang itu berkata, dia kini sibuk memberi fokus utama kepada kerjaya lakonannya.

Tambahnya, filem seram komedi itu memerlukan dia membawakan watak seorang doktor.

"Ini cerita seram pertama yang saya terima kerana sebelum ini banyak tawaran cerita seram saya tolak. Ia kerana saya seorang yang penakut.

"Dalam filem ini tidak memerlukan saya berlakon adegan dengan hantu sebaliknya memeggang watak doktor. Cabaran utama ialah perlu menghafal nama-nama ubat dan cara rawatan yang betul," ujarnya.

Filem tersebut turut menampilkan pelawak Achey, Cat Farish, Nor Albaniah dan Ruminah Sidek.

Hantu Wangan dijangka akan ditayangkan di seluruh negara pada tahun hadapan.

Risteena Munim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sufian, Elfira Nikah Mac 2018

Artikel Lain