suria

Sheila Rusly Tidak Sehebat Orang Lain

Sheila Rusly.

PENERBIT drama Sheila Rusly mengakui dia dan suami, Azman Yahya atau Jinggo tidak sehebat pengarah atau produser lain yang boleh menghasilkan drama tanpa skrip.

Sheila, 46, berkata dia memerlukan skrip yang lengkap supaya dapat menghasilkan dan menyusun jalan cerita untuk sesebuah drama. 

"Saya dan Jinggo tak hebat seperti pengarah, produser di luar sana yang boleh menghasilkan drama tanpa skrip penuh. 

"Bila nak buat drama, benda paling penting skrip kena siap terlebih dahulu kalau tak lengkap, saya tak boleh nak rancang apa nak buat dengan cerita itu. 

"Sebab itu, saya perlu skrip lengkap. Barulah penerbit tahu arah tuju drama serta bajet dan pelakon yang sesuai," kata Sheila kepada mStar Online

Sheila mementingkan jalan kerja yang teratur untuk mendapatkan hasil yang baik. Foto Instagram: @sheilarusly. 

Tambah pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan ini, susunan kerja itu melibatkan seluruh produksi milik dia dan suami iaitu JS Picture Sdn Bhd. 

"Apabila penulis bagi skrip kepada saya akan lihat dulu dan perbaiki serta mencantikkan apa yang patut. 

"Kemudian, suami akan buat semakan kali terakhir sebelum bagi kepada penolong pengarah untuk menyusun jalan cerita dan jadual pelakon. 

"Artis pula kena baca skrip sampai habis sebelum datang untuk berbincang tentang watak masing-masing," ujarnya. 

Sheila sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru terbitan syarikatnya iaitu Dekatkan Jarak Kita. 

Drama tersebut akan disiarkan pada 8 November depan di TV3 itu  dibintangi Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Nadia Brian dan Wan Sharmila. 

Sheila dan suami, Jinggo banyak kali bergaduh namun tidak membawa masalah kerja di rumah. 

Sementara itu, Sheila dan suami lebih selesa bekerja bersama di bawah syarikat produksi mereka biarpun kadang-kala bercanggah pendapat. 

Menurut Jinggo, dia dan Sheila perlu menjadi profesional serta mengasingkan kerja dan kehidupan peribadi. 

"Tipulah kalau cakap kami berdua tidak pernah bergaduh. Boleh katakan selalu juga bercanggah pendapat. 

"Tapi kena asingkan kerja dan kehidupan peribadi. Kat lokasi penggambara, kami bekerja sebagai rakan kongsi tapi di rumah, saya suami dan dia isteri," katanya. 

Sheila Rusly

Artikel Sebelum

Artikel Lain