suria

Mohd (Mentor) Urus Bisnes Uber & Grab Car

Mohd ingin cuba nasib di Indonesia

LAMA menyepi dari dunia hiburan, juara Mentor musim keempat Mohd memberitahu dia kini sibuk menguruskan perniagaan sewa kereta untuk perkhidmatan Grab Car dan Uber.

Mohd, 29, berkata, dia kini mempunyai lima buah kenderaan untuk disewakan bagi perkhidmatan berkenaan kepada individu yang berminat.

"Sekarang memang sudah kurang aktiviti nyanyian, saya sibuk jalankan perniagaan sewa kereta untuk Uber dan Grab Car.

"Buat masa ini saya ada lima buah kereta untuk disewakan kepada siapa juga yang berminat untuk memperoleh pendapatan menerusi perkhidmatan tersebut.

"Alhamdulillah, sambutan sangat positif sejak setahun menjalankan perniagaan itu," ujarnya kepada mStar Online.

Mohd

Bagaimanapun, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor memberitahu dia ingin mencuba nasib mengembangkan bakat di negara seberang menerusi pertandingan nyanyian berkenaan.

Katanya, dia sudah membuat persiapan yang rapi untuk melayakkan diri menjadi antara enam peserta terbaik untuk bertanding mewakili Malaysia.

"Kalau ikutkan sekarang ini menyanyi hanya sekadar hobi sahaja, tapi saya ingin cuba nasib untuk menyertai uji bakat ini.

"Di Indonesia peluang lebih besar dan penduduk mereka ramai, sekurang-kurangnya mereka dapat melihat bakat-bakat penyanyi Malaysia. Insya-Allah, kalau dipilih saya akan bawakan genre rock dangdut," ujarnya.

Mohd Mentor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain