suria

“Saya Mahu Dia Terasa” – Zulin Aziz Bengang

Zulin Aziz kesal dengan sikap individu tersebut yang baik di depan tetapi tikam di belakang.

PENYAMPAI radio Suria, Zulin Aziz memberitahu lirik video lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Malique dan Datuk Jamal Abdillah yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya pada Ahad sememangnya ditujukan kepada seseorang.

Zulin, 28, berkata, sejak sekian lama dia berdiam diri mengenai sikap individu tersebut yang berpura-pura baik di hadapan tetapi tikam di belakang.

"Tiada niat lain selain saya mahu individu tersebut terasa dengan perbuatannya yang pada saya sangat hipokrit. Saya harap dia tengok posting tu.

"Apa-apa pun, status tersebut juga boleh bersifat umum kerana saya percaya bukan saya seorang melalui situasi kawan sendiri tikam belakang," katanya kepada mStar Online.

Menerusi lirik video berdurasi 52 saat tersebut dia turut menulis keterangan iaitu: "Jika pernah kau memfitnah, sengaja menyakitkan hati, melaga-lagakan kami, busuk hati, fikiran kotor, hasad dengki. Aku sudah maafkan kamu...

Dalam pada itu kata Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz, individu yang dimaksudkan itu bukanlah daripada kalangan teman sekerjanya di Suria FM.

"Saya tidak mahu ulas secara peribadi siapa yang saya maksudkan. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas," katanya kecewa.

Dalam perkembangan lain, Zulin bersyukur kerana hajatnya yang sekian lama ingin kembali berlakon akhirnya tercapai.

Zulin bakal tampil menerusi telefilem Pari-Pari Sado dan akan menjalani penggambaran dalam waktu terdekat ini.

Kegembiraan itu juga dikongsi dalam entri terbaru apabila sebuah produksi sanggup mengikut jadual kontinya menerusi telefilem berjudul Pari-Pari Sado.

"Akhirnya kerinduan saya terbalas setelah lebih setengah tahun tidak berlakon. Tak sabar sebenarnya nak masuk set penggambaran.

"Sebenarnya sebelum ini pun memang sudah ada tawaran namun semuanya harus ditolak kerana bercanggah dengan jadual konti saya," katanya.

Pari-Pari Sado terbitan Nats Production turut dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan penyanyi Siti Nordiana.

Artikel Lain