suria

Produser Kesal Amalan 'Duit Tepi' Di Stesen TV

Amalan rasuah perlu dihentikan jika mahu karya berkualiti di sesebuah stesen televsiyen. Gambar sekadar hiasan.

DUIT tepi? Atau dalam bahasa kasarnya beri rasuah untuk lulus projek. 

Itulah dilema yang dihadapi penerbit drama tempatan apabila terdapat orang kanan di sebuah stesen televisyen yang perlu diberi ‘duit tepi’ bagi meluluskan sesebuah drama sebelum ia ditayangkan. 

Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli turut menuntut semua stesen televisyen di negara ini agar menyiasat perkara itu supaya tindakan wajar dapat dilakukan. 

Jurey Latif
Jurey Latiff Rosli

“Isu ini bukan baru malah beberapa tahun lepas pihak persatuan telah membuat laporan kepada sebuah stesen TV dan pihak mereka melakukan rombakan dan siasatan dalaman,” katanya kepada mStar Online. 

Beliau mengulas tulis dalam pojok sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan terdapat orang dalam sebuah stesen televisyen meminta rasuah sebelum karya itu diterima stesen berkenaan. 

Jurey berkata, produser drama diminta menghasilkan produk berkualiti untuk siaran televisyen namun apabila adanya amalan duit tepi ini, kepentingan menghasilkan karya bermutu tidak diberi keutamaan. 

Justeru beliau menyeru individu atau mana-mana pihak yang terpaksa memberi rasuah kepada pihak terlibat agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar budaya ini dapat dibenteras. 

Sehubungan itu pihak PTVM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 15 Ogos depan yang antara lain untuk berbincang masalah ini.

Jurey Latiff

Artikel Lain