suria

Anis Al-Idrus Akhirnya Jadi Milik Mohd Rafzan

Anis menerima mas kahwin berupa satu set barangan kemas daripada suaminya, Mohd Rafzan.

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus selamat bergelar isteri kepada Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz pada malam Jumaat.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah kira-kira pukul 9.40 malam di De'Laman Event Space, di sini.

Anis atau Sharifah Anis Syed Zainal dan Mohd Rafzan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus di hadapan Imam dan Jurunikah Masjid Al-I'tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa satu set barangan kemas sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dengan dua kali lafaz, @anisalidrus dan Mohd Rafzan sah bergelar suami-isteri. Tahniah! #mstaronlineofficial #aimananis

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

Pada majlis itu, pengantin perempuan menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tiga dulang oleh pengantin lelaki.

Anis ketika ditemui berkata dia bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berharap perkahwinan itu akan kekal ke akhir hayat.

"Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis sederhana kami," kata pelakon Duda Terlajak Laris itu.

Anis, 29, dan Mohd Rafzan atau lebih mesra dengan sapaan Aiman, 35, kelihatan berseri-seri dalam persalinan sedondon rona putih.

Penampilan Anis pada malam itu juga turut dilengkapi dengan mahkota tajaan Habib Jewels yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Anis Al-Idrus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain