suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kampung Di Kota Bharu Pun Nak Nangis?

Niena Baharun

INILAH dinamakan anak manja. Jauh sikit dah nak menangis! Itulah cabaran apabila berjauhan dengan orang tersayang.

Begitulah yang dilalui pelakon Niena Baharun apabila terpaksa menahan rindu pada kekasih hatinya iaitu ibu dan ayahnya yang berada di Kota Bharu, Kelantan pada bulan Ramadan ini.

Menurut Niena , 24, kali terakhir dia pulang ke kampungnya pada hari pertama dan kedua berpuasa.

Apabila mStar Online bertanyakan mengenai keluarganya, kelihatan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz ini tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

"Saya sangat sensitif apabila orang tanya pasal keluarga. Tambahan pula sekarang ini saya terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayah. 

“Kali terakhir saya dapat berbuka puasa dengan mereka pada hari pertama dan kedua sahaja,” kata Niena ketika ditemui pada majlis berbuka puasa HyppTV  di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Niena, sehingga kini, dia  belum berpeluang untuk balik ke kampung kerana sibuk dengan penggambaran drama.

Katanya, antara perkara yang dirinduinya semasa Ramadan ialah masakan ibu.

 

Niena Baharun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain