Idris Khan Sedia Kahwin Wanita Maghribi - Hiburan | mStar

Idris Khan Sedia Kahwin Wanita Maghribi

Idris Khan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
KUALA LUMPUR: Pelakon Idris Khan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya iaitu Sanaa Jaffer, 25, selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Idris bagaimanapun berkata, dia dan wanita berasal dari Mahgribi itu tidak akan berkahwin dalam masa terdekat sebaliknya merancang dalam masa dua tahun lagi.

"Jika diikutkan saya sudah bersedia untuk berkahwin dan memang menyasarkan untuk berumah tangga apabila mencecah usia 30 tahun.

"Sekarang umur saya 29 tahun dan ada masa setahun lagi untuk bersedia ke arah itu dan Insya-Allah jika semuanya dipermudahkan kami akan berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Idris ditemui pada program siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL2017) yang diadakan di Sunway Putra Mall di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Idris atau Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan berkata, mereka sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing bagi memaklumkan tentang hubungan mereka.

Idris sudah bertemu dengan keluarga teman wanitanya.

Walaupun berbeza bangsa dan budaya, Idris berkata ia bukan halangan kerana teman wanitanya itu sudah biasa dengan keadaan di Malaysia kerana belajar di negara ini.

"Keluarga tahu tentang hubungan kami berdua dan Alhamdulillah mereka merestui.

"Soal budaya dan bangsa tidak menjadi masalah kepada keluarga saya kerana mereka sendiri sudah biasa kerana bapa bertugas di luar negara sebagai duta.

"Sanaa juga bijak menyesuaikan diri kerana memang belajar di Malaysia malah dia boleh berbahasa Melayu dan saya sedang mengajarnya makan makanan kita," ujarnya.

Sementara itu, Idris berkata, dia selesa dengan Sanaa kerana wanita itu memahami terutama berhubung kerjayanya sebagai pelakon.

Malah Sanaa berfikiran terbuka apabila namanya terpalit dengan kontroversi sebelum ini selain tidak masuk campur kerana mempercayai antara satu sama lain.

"Dia seorang yang mudah dibawa berbincang dan matang dalam pelbagai soal jadi itu membuatkan dia senang memahami pelbagai perkara.

"Malah dia jarang ambil pusing dengan apa juga gosip melanda saya kerana kami saling mempercayai," jelasnya.

Idris Khan , DFKL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain