suria

Tayangan 'Beauty and the Beast' Di Malaysia Ditangguhkan

Filem Beauty and the Beast ditangguhkan tayangannya di Malaysia.

PETALING JAYA: Tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia yang sepatutnya bermula pada 16 Mac ini ditangguhkan.

Pengedar filem itu The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd memberitahu kajian semula secara dalaman punca penangguhan tayangan filem itu di negara ini.

Bagaimanapun tiada penjelasan lanjut mengenai perkara itu atau pun tarikh baharu tayangan filem berkenaan.

Malah jurucakap Disney ketika dihubungi pada Isnin juga enggan mengulas mengenai penangguhan itu.

Filem itu terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karekter Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Ia mendapat reaksi pelbagai daripada penggemar filem itu malah sebuah panggung wayang di Alabama, Amerika Syarikat turut mengharamkan filem itu daripada ditayangkan.

Rusia turut melarang kanak-kanak dibawah usia 16 tahun daripada menonton filem itu.

Ia menampilkan bintang terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

Beauty And The Beast adalah filem animasi klasik Disney yang turut dicalonkan dalam Anugerah Akademi menerusi kategori Filem Terbaik pada 1991.

Emma juga menerima kecaman apabila tampil seksi sebagai penghias muka depan majalah Vanity Fair.

Beauty and the Beast

Artikel Lain