Astro Umum 12 Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 - Hiburan | mStar

Astro Umum 12 Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3

Peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga.

KUALA LUMPUR: Pertanyaan siapakah 12 orang peserta yang terlibat dalam Gegar Vaganza musim ketiga kali ini berakhir apabila kesemua mereka diumumkan oleh pihak produksi Astro pada Rabu.

Astro pada Rabu mengumumkan 12 penyanyi yang bakal berentap pada program berkenaan bermula pada 16 Oktober depan.

Razis Ismail yang popular era 1980-an bakal mencuri perhatian dalam Gegar Vaganza 3.

12 peserta tersebut ialah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Razis Ismail, Rem, Shidee (Data) dan Zarul Husin (Umbrella).

Turut serta ialah Intan Sarafina, Azharina, Elly Mazlein, Siti Sarah, Zur Eda dan Nora.

Ketua Saluran Malayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kesemua peserta kali ini mempunyai portfolio yang membanggakan ketika zaman kegemilangan mereka.

"Bagi memastikan penganjuran program Gegar Vaganza terus berbekas di hati peminat setia, pebagai kelainan bakal ditampilkan supaya lebih segar dan relevan.

"Saingan kali ini lebih sengit dan ini merupakan cabaran besar kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta pada musim ini," ujarnya.

Raqim ditemui pada sidang media program berkenaan di Lol@Live House di sini, Isnin.

Zur Eda terkenal dengan lagu 'Kelmarin'.
Gegar Vaganza musim ketiga akan bersiaran selama lapan minggu bermula 12 Oktober ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Dalam pada itu, Raqim berkata, format program berkenaan masih dikekalkan selain masih menggunakan juri profesional untuk menilai para peserta.

Malah katanya, persembahan para peserta akan berdasarkan tema mingguan.

Pada program musim ketiga ini masih menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap. 

Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula masih mengalas tanggungjawab sebagai pengacara.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Manakala tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah.

Pada Gegar Vaganza musim pertama, penyanyi Ayai (Ilusi) diumukan sebagai pemenang manakala Siti Nordiana ialah pemenang musim kedua.
Gegar Vaganza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu