Suami-Isteri Dilarang Kongsi Aksi Intim - Mufti Kelantan - Hiburan | mStar

Suami-Isteri Dilarang Kongsi Aksi Intim - Mufti Kelantan

Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini bercuti di Pulau Mykonos, Greece.

PETALING JAYA: Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.

"Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang.

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri
"Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, " ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Mohamad Shukri menambah, pasangan suami isteri digalakkan untuk melahirkan rasa cinta sesama pasangan namun perlu dilakukan di tempat yang sesuai seperti di rumah.

Katanya, hal tersebut bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang boleh mengundang kepada fitnah.

Tanpa merujuk kepada mana-mana individu Mohamad Shukri berkata, semua pihak harus mengambil maklum perkara itu tidak kiralah mereka golongan artis ataupun orang biasa.

Terdahulu adegan bercium pasangan selebriti Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin yang dimuat naik di laman Instagram milik aktres itu ketika bercuti di Greece mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Foto bercium yang dimuat naik pada Selasa itu mendapat lebih 11,000 like dan 1,184 komen.

Rata-rata netizen menganggap gambar kasih sayang tersebut tidak sesuai dikongsi kepada umum namun ada juga yang menyokong.

Awal memuat naik gambar mesra bersama isterinya Scha pada Ahad lalu.

Selain pasangan berkenaan, pengacara Awal Ashaari turut melakukan perkara yang sama apabila memuat naik gambar bercium bersama isterinya Scha Alyahya di sebuah tempat peranginan di Langkawi ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka Ahad lalu.

Awal yang kurang senang dengan komen netizen memberitahu perkara itu tidak menjadi masalah kerana Scha merupakan isterinya yang sah.

"Dia isteri saya yang halal. Ada Masalah?" tulisnya.

Bagaimanapun, selepas itu Awal meletakkan komen pada mode privasi.  

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Che Ta Bengang Beg Dinanti Tidak Tiba

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain