suria

Doa Terbaik Zizan Terhadap Masalah Emma Maembong & Kamal Adli

Zizan Razak mendoakan kebahagiaan Emma Maembong dan Kamal Adli. FOTO: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak mendoakan yang terbaik mengenai hubungan bekas kekasihnya aktres Emma Maembong dengan aktor Kamal Adli yang dilaporkan sedang dilanda badai.

Zizan, 32, berkata, dia terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian.

Saat-saat bahagia Emma Maembong dan Kamal Adli ketika menghadiri sesi fotografi sempena Aidifitri bersama The Star.
"Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan dan kami hanya terserempak jika menghadiri majlis hiburan sahaja.

"Saya juga terkejut dan baru tahu tentang berita ini setelah ramai yang bertanya, saya sendiri tidak tahu.

"Sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon filem Cicakman itu ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan pelajar Akademi Fantasia 2016 di Soju Sunway, di sini, Selasa.

Zizan mengulas tentang percintaan Emma Maembong dan Kamal Adli yang dikatakan sedang dilanda badai disebabkan kononnya campur tangan orang ketiga.

Dalam pada itu, pelakon Polis Evo ini juga berkata, dia tidak terlibat dengan masalah yang berlaku antara pasangan itu.

"Saya tidak ada sebab untuk menjadi punca mereka putus hubungan  kerana selepas saya dan Emma berpisah, kami tidak menyimpan rasa cinta lagi.

"Malah, saya sentiasa berdoa agar dia mendapat ketenangan dan dapat apa yang dia cari selama ini," ujar Zizan.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal mengacarakan program realiti Akademi Fantasia 2016 buat kal ke empat bersama hos gandingan yang akan diumumkan pada konsert pertama 21 Ogos depan.

Artikel Lain