suria

Astro Mohon Maaf Video Parodi Yuna & Usher

PETALING JAYA: Pihak penerbitan rancangan hiburan MeleTOP  milik Astro memohon maaf terhadap penyiaran video parodi lakonan Jihan Muse dan Syuk Balas berkaitan lagu Crush yang dinyanyikan oleh Yuna dan Usher pada Selasa lalu.

"Kami ingin meminta maaf atas siaran parodi MeleTOP baru-baru ini atas klip video lagu Crush dendangan Yuna & Usher yang disiarkan pada siaran langsung MeleTOP pada 2 Ogos lalu.

"Sekali lagi, kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,” tulis pihak produksi itu pada Khamis.

Parodi yang dilakonkan oleh Jihan dan Syuk SYJ menerima kecaman netizen.

Pihaknya juga meminta orang ramai supaya tidak berkongsi video parodi berkenaan.

Program hiburan berbahasa Melayu itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.

Terdahulu, program hiburan tersebut telah memuat naik video parodi lagu Crush nyanyian Yuna dengan menampilkan Jihan Muse dan pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah ia Usher yang berkulit hitam.

Sementara itu, penyanyi Yuna turut meluahkan rasa kesalnya atas penyiaran video parodi yang bersifat perkauman itu boleh membunuh kerjayanya di Amerika Syarikat.

Tambah Yuna, parodi tersebut seolah-olah menghina orang berkulit hitam.

Crush, Yuna, Usher, Astro

Artikel Lain