suria

'Lelaki Harapan Dunia' Terima 13 Pencalonan, Dominasi FFM-27

Antara adegan dalam 'Lelaki Harapan Dunia'.
AMPANG: Filem Lelaki Harapan Dunia terbitan Everthings Film Sdn Bhd mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) apabila menerima 13 pencalonan daripada 24 kategori.

Ia diumumkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang di sini pada Selasa.

Filem arahan Liew Seng Tat itu menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Dalam pada itu, filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha menerima 12 pencalonan dan diikuti oleh Manisnya Cinta Di Cappadocia (10) manakala Amir & Loqman Pergi Ke Laut  dan Dollah Superstar masing-masing sembilan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak (dua dari kanan) pada majlis pengumuman top-5, FFM 27 di Finas pada Selasa. Turut kelihatan Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman (dua dari kiri).
Manakala, Kami Histeria (8), The Journey (6), Cuak dan Hungry Ghost Ritual (4).

Selain itu, Dendam Orang Mati, Lagenda Budak Setan 3, Ophilia, Sejoli  dan The Cage masing-masing menerima tiga pencalonan.

Ketua Pengarah Finas, Datuk Kamil Othman berkata, sebanyak 140 pencalonan melibatkan 56 buah filem merangkumi 24 kategori termasuk kategori Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik dipertandingkan pada tahun ini.

Karya-karya yang layak berbanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.

"Pencalonan kali ini lebih berkualiti variasi yang memperlihatkan industri filem kita semakin berkembang dan tidak di takuk lama.

"Sementara itu, bagi memastikan ketelusan, semua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad,” katanya.

Barisan para artis dan karyawan seni yang terlibat dalam FFM 27.
Malam perasmian FFM 27 akan diadakan pada 2 September depan di Symphony Lake Suite, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Manakala malam kemuncak Anugerah FFM 27 pula akan diadakan pada pada 5 September depan di Dewan Plenary, KLCC bermula pukul 9 malam.

Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria.

Senarai 24 kategori pencalonan akhir FFM 27

Filem Terbaik

1. Amir & Loqman Pergi Ke Laut - Astro Shaw Sdn Bhd
2. Dollah Superstar - Filmscape Sdn Bhd
3. Lelaki Harapan Dunia - Everythings Film Sdn Bhd
4. Manisnya Cinta Di Cappadocia - Astro Shaw Sdn Bhd, Global Station Sdn Bhd &Red Film Sdn Bhd
5. Terbaik Dari Langit - Astro Shaw & Playground Production

Pengarah Terbaik

1. Kabir Bhatia - Dollah Superstar}
2. Liew Seng Tat - Lelaki Harapan Dunia
3. Bernard Chauly - Manisnya Cinta Di Cappadocia
4. Nik Amir Mustapha - Terbaik Dari Langit
4. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Pelakon Lelaki Terbaik

1. Lee Sai Peng - The Journey
2. Wan Hanafi Su - Lelaki Harapan Dunia
3. Awie - Dollah Superstar
4. Bront Palarae - Terbaik Dari Langit
5. Que Haidar - Ophilia

Pelakon Wanita Terbaik

1.Dawn Cheong - Cuak
2. Sara Ali - Kami Histeria
3. Maya Karin - Sejoli
4. Lisa Surihani - Dendam Orang Mati
5. Fazura - Manisnya Cinta Di Cappadocia

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

1. Fizz Fairuz - Dollah Superstar
2. Amirul Afendi - Terbaik Dari Langit
3. Syazwan Zulkifly - Laga
4. Nasir Bilal Khan - Laga
5. Faizal Hussein - Manisnya Cinta Di Cappadocia

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

1. Izara Aishah - Sejoli
2. Fazura - Kami Histeria
3. Eja - Manisnya Cinta Di Cappadocia
4. Ayu Raudhah - Lagenda Budak Setan 3
5. Nadiya Nissa - Terbaik Dari Langit

Filem Bukan Dalam Bahasa Melayu Terbaik

1. Take Me To Dinner
2. The Cage
3. The Great Lion
4. The Journey
5. Cuak

Cerita Asal Terbaik

1. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
2. Siew Seng Tat - Lelaki Harapan Dunia
3. Chiu Keng Guan - The Journey
4. Redza Minhat, Tuan Faisal Azmy Tuan Kob, Nik Amir Mustapha - Terbaik Dari Langit
5. Amrul Hadi & Kabir Bhatia - Sollah Superstar

Lagu Tema Asal

1. Syed Ahmad Faizal (Pacai) - Dollah Superstar
2. Pita Hati - Terbaik Dari Langit
3. DJ Fuzz - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
4. Yuna - Lagenda Budak Setan 3
4. Monoloque - Kami Histeria

Skor Muzik Asal

1. Pita Hati - Terbaik Dari Langit
2. Imaginax Studio - Lelaki Harapan Dunia
3. Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi - Manisnya Cinta Di Cappadocia
4. San Wai Lik (Alex San) - The Journey
5. Imaginax Studio - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Penataan Bunyi Terbaik

1. Digital Orange - Kami Histeria
2. Winston Poon - Hungry Ghost Ritual
3. Imaginax Studios - Lelaki Harapan Dunia
4. Adzrey Abdul Kamal - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
5. Ilya Syazran Lukman - Dendam Orang Mati

Penataan Seni Terbaik

1. Tunku Mohd Taufek - Lelaki Harapan Dunia
2. Too Wen Huel - The Great Lion
3. Too Wen Huel - Hungry Ghost Ritual
4. Rosli Mahmud, Anuar John Paharuddin & Pathullah Luqman - Apokalips X
5. Soon Yong Chow -The Journey

Penyunting Terbaik

1. Adilan Azemi - Dollah Superstar
2. Erik Moh - The Cage
3. Liew Seng Tat - Lelaki Harapan Dunia
4. Rewan Ishak - Terbaik Dari Langit
5. Nazim Shah - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

Sinematografi Terbaik

1. Tan Teck Zee - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
2. Jordan Chiam - Terbaik Dari Langit
3. Haris Hue - Manisnya Cinta Di Cappadocia
4. Teoh Gay Hian - Lelaki Harapan Dunia
5. Eric Yeong - The Journey

Pereka Kostum/Busana Terbaik

1. Roshada Abdul Hamid - Apokalips X
2. Tunku Mohd Taufek - Lelaki Harapan Dunia
3. Jessie Yeow & Fiza Yusof - Kami Histeria
4. Daniel Henry Chin - Manisnya Cinta Di Cappadocia
5. Elaine Ng & Wing Shum - Hungry Ghost Ritual

Lakon Layar Terbaik

1. Liew Seng Tat - Lelaki Harapan Dunia
2. Rafidah Abdullah - Manisnya Cinta Di Cappadocia
3. Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Dollah Superstar
4. Redza Minhat - Terbaik Dari Langit
5. Mamat Khalid - Amir & Luqman Pergi Ke Laut

Kesan Khas Terbaik

1. Nabil Zamanhuri - Terbaik Dari Langit
2. Bruce Lee Yong Loong - Kami Histeria|
3. Mirege Works - Sevent
4. Weng Meng Hee - Hungry Ghost Ritual
5. Viper Studios - Abang Long Fadil

Filem Pendek Terbaik

1. Saiem Muhammad - Kelambu
2. Seeing Eye Film Sdn Bhd - Xing
3. Ng Ken Kin - Hajat
4. Cho We Jun - Salvaj
5. Fadhlan Khair Fawazul Khair - Leleh

Filem Cereka Animasi Terbaik

1. Netcarbon Sdn Bhd - SuperSquad
2. KRU International Sdn Bhd - Ribbit

Filem Animasi Bersiri Terbaik

1. Les' Copaque Production Sdn Bhd - Dadudido
2. Sead Studios Sdn Bhd - The Amazing Awang Khenit
3. Animasia Studio Sdn Bhd - Chuck Chicken
4. Glue Studios Sdn Bhd - Rimba Racer
5. Les' Cospaque Production Sdn Bhd - Puteri


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

1. Raykarl Iskandar - Lelaki Harapan Dunia
2. Eunos Madeonus - Dendam Orang Mati
3. Muhammad Farhan - Lelaki Harapan Dunia
4. Mia Sara Nasuha - Lagenda Budak Setan 3
5. Raykarl Iskandar - Manisnya Cinta Di Cappadocia

Pelakon Harapan Wanita

1. Dawn Cheong - Cuak
2. Adiba Yunus - Nasi Tangas
3. Aisya Hasnaa - Dollah Superstar
4. Nad Zainal - Kami Histeria
5. Izara Aisyah - Sejoli

Pelakon Harapan Lelaki

1. Ghafir Akbar - Cuak
2. Azwan Kombos - Nasi Tangas
3. Kodi Rasheed - Ophilia
4. Anas Ridzuan - CEO
5. Fadlan Hazim - Sniper

Pengarah Harapan

1. Gavin Yap - Take Me To Dinner
2. Shamyl Othman - Kami Histeria
3. Raja Mukhriz - Ophilia
4. Felix Tan & Kethsvin Chee - The Cage
5. Razaisyan Rashid - CEO


FFM 27, Lelaki Harapan Dunia

Artikel Lain