suria

Elly Mazlien Selamat Bergelar Isteri Azmi Hatta

Elly Mazlein (kanan) selamat bergelar isteri Azmi Hatta dengan dua kali lafaz. FOTO: Utusan Malaysia

PUCHONG:  Dengan dua kali lafaz, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein akhirnya bergelar isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta, 38, dalam satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, di sini, Ahad.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Syed Hanafi Syed Abdullah kira-kira pukul 11.45 tengah hari.

Ia turut disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Kariah Taman Putra Perdana, Ustaz Ahmad Baie Jaafar.



Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Elly turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki, dah di balas sembilan dulang hantaran.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, kasut, jam tangan, barang kemas, kek dan minyak wangi.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah jam tangan, kasut, sirih junjung, kaca mata, beg bimbit lelaki, kek dan coklat, cincin serta minyak wangi.

Majlis akad nikah dan jamuan diadakan secara sederhana di Surau As Sakinah berdekatan pusara ibu Elly iaitu Sabariah Ahmad yang meninggal dunia pada Mei lalu.

Sejurus majlis akad nikah pasangan pengantin ini menziarahi pusara ibunya berdekatan surau berkenaan.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam majlis yang sangat sederhana.

"Saya memilih untuk mengadakan majlis di sebelah pusara ibu kerana sejak pemergiannya, setiap hari saya pergi menziarah kuburnya. Jadi saya ingin hari bersejarah ini diadakan dengan ibu saya," ujarnya.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 29 Mei 2011 dalam satu majlis yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.

Elly Mazlien

Artikel Sebelum

Artikel Lain