PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai.
Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar ibadat tersebut perlu dilakukan.
"Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu?
"Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama," katanya kepada mStar Online.
Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).
Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.
Isu Bikini, Maria Farida Tegur Peminat Kaitkan Agama
Maria menganggap kontroversi bikini melibatkannya adalah isu kecil dan tidak patut diperbesarkan.


