suria

Aishwarya Rai Nafi Kembali Berlakon

KHABAR angin mengatakan aktres jelita Aishwarya Rai kembali aktif di persada seni membuatkan industri Bollywood menjadi kecoh.

Menurut laporan OneIndia, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh jurucakap isteri kepada Abishek Bachchan itu dengan menyatakan dia akan terlibat dengan filem arahan P.Vasu.

Bagaimanapun Aisywarya menafikan kenyataan tersebut dan berkata terdapat salah faham mengenai penglibatannya dalam filem berkenaan.

"Kenyataan ini adalah rasmi daripada pihak Aishwarya sendiri untuk menghentikan segala spekulasi.

"Aishwarya sememangnya diberi tawaran berlakon dan menerima skrip daripada sebuah produksi, tetapi belum membuat keputusan sama ada dia mahu berlakon dalam filem itu atau tidak.

"Kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini adalah kesalahan sistem dan kami memohon maaf ke atas perkara tersebut," kata juru cakap Airshwarya.

Berita mengenai penafian tersebut benar-benar mengundang rasa kecewa para peminat Aishwarya lebih-lebih lagi wanita itu sudah lama berehat daripada dunia seni lakonan.
Aishwarya Rai, Luar Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain