suria

Adam Levine Hadapi Gangguan Konsentrasi

VOKALIS kumpulan Maroon 5, Adam Levine mendedahkan rahsia bahawa dia mengidap penyakit gangguan konsentrasi iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Menurut laporan portal DigitalSpy, Adam masih lagi mengatasi penyakitnya itu dan pada masa sama menggunakan status sebagai selebriti dan berkempen kepada orang ramai supaya segera membuat rawatan sekiranya mempunyai masalah sedemikian.

"Rugi rasanya jika saya tidak melunaskan tanggungjawab sebagai selebriti untuk berkempen mengenai isu-isu sosial agar timbul kesedaran kepada orang ramai untuk mengesan sesebuah penyakit.

"Saya sendiri mempunyai masalah tertentu di mana saya agak sukar untuk fokus di sekolah. Apabila dewasa, barulah saya tahu bahawa saya mempunyai masalah ADHD. Kiranya saya terlewat. Kini, masalah itu kurang mengganggu aktiviti harian saya.

"Jadi, saya menyarankan kepada semua terutamanya kepada ibu-bapa yang berasa pelik dengan sikap anak-anak yang kurang fokus di rumah dan sekolah untuk menjalani pemeriksaan awal," katanya.

Tambah Adam, kelewatannya menyedari penyakit ADHD membuatkan dia berasa ralat kerana banyak perkara yang sepatutnya dilakukan di sekolah tidak dapat dilaksanakan.

Adam Lavine, Luar Negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain