Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari - Hiburan | mStar

Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari

Syamsul mahu pernikahannya dengan Puteri Sarah dipercepatkan tanpa bertunang terlebih dahulu.
Syamsul mahu pernikahannya dengan Puteri Sarah dipercepatkan tanpa bertunang terlebih dahulu.

PETALING JAYA: Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini.

Patimah ketika dihubungi mStar Online berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara di sini, pada Ahad (semalam) dan kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul.

"Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.

"Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu," katanya pada petang Isnin.

Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu.

Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri.

"Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

"Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu," jelasnya.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan.

Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.

Pun begitu kata Patimah, dia senang dengan Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut dan bersikap terbuka dalam pelbagai perkara.

"Saya lihat juga dia seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

"Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga," katanya.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan Syamsul berhubung laporan berkenaan bagaimanapun gagal kerana dia tidak dapat dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Minamino jadi buruan Liverpool