suria

'1 Dekad' Gambarkan Perjuangan Sofazr

Sofazr
Sofazr

PETALING JAYA: Sepuluh tahun berada dalam industri hiburan kumpulan Sofazr muncul dengan album ketujuh berjudul 1 Dekad.

Pemain gitar Zimi berkata, album ini merupakan dedikasi mereka kepada peminat yang sentiasa menyokong perjuangan kumpulan ini selama 10 tahun.

"Pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuhi semasa mula-mula hendak bertapak di dalam industri, jatuh dan bangun,

"Alhamdulillah kami masih bertahan hingga ke hari ini yang mana sudah sepuluh tahun berada dalam industri dan album ini juga khas kepada peminat Sofazr yang tidak pernah berhenti menyokong kami," katanya.

Tambah Zimi, album 1 Dekad ini merupakan album pertama dibawah pengurusan label KRU Music dan memuatkan enam buah lagu baharu.

Salah sebuah single daripada album ini iaitu Pencinta Terbaik turut menjadi runut bunyi kepada filem Cinta Kura Kura.

Kumpulan ini dianggotai oleh 6 orang anak muda ini terdiri daripada , Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah (gitar utama), One (pemain drum), Fairuz (pemain bass), dan Rodie (keyboard).

1 DEKAD merupakan karya terbaharu SOFAZR yang sudah berada di pasaran pada 28 Oktober 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain