suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anne Hathaway Nyaris Lemas Di Hawaii

Anne Hathaway
Anne Hathaway

AKTIVITI riadah aktres Anne Hathaway berubah menjadi momen yang menakutkan apabila bintang Les Miserables itu nyaris lemas di pantai Hawaii, Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal Fameflynet, isteri kepada Adam Shulman itu menjerit ketakutan ketika ombak menolaknya ke dasar laut dan begitu panik sehingga tidak mampu melawan arus ombak.

Keadaan itu membuatkan Anne tenggelam sehingga menampakkan tangannya yang memberi isyarat meminta tolong. Kejadian itu membuatkan orang ramai yang berada di sekitar kawasan pantai tersebut turut panik.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Anne diselamatkan oleh seorang pengunjung lelaki di pantai tersebut dan suaminya terus memberikan rawatan kepadanya sehinggalah dia berasa tenang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain