suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Telefilem Menarik Sempena Maulidur Rasul di TV3

Remy Ishak dan Leez dalam telefilem 'Jalan Lain Ke Syurga'.
Remy Ishak dan Leez dalam telefilem 'Jalan Lain Ke Syurga'.

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 bakal menyiarkan enam telefilem istimewa menarik sempena sambutan Maulidur Rasul iaitu pada 14 Januari ini.

Enam telefilem tersebut adalah Pintu Lain Ke Syurga, Luth Mahfuz, Al Ikhlas, Cinta Mat Semperit, Setulus Kasih dan Jatuh Cinta.

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini anataranya ialah Remy Ishak, Fizz Fairuz, Amyza Aznan Siti Saleha, Fizz Fairuz, Raja Ilya, Wan Sharmila Lisdawati, Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad dan Eina Azman.

Bermula dengan drama Pintu Lain Ke Syurga pada 11 Januari pukul 10 malam, diikuti Luth Mahfuz pada Isnin pukul 10 malam.

Sementara telefilem Al-Ikhlas pada 14 Januari ini pukul 9.30 pagi, disusuli Cinta Mat Semperit dan Setulus Kasih, masing-masing pada pukul 5 petang dan 10 malam hari yang sama.

Telefilem untuk slot Cerekapilihan iaitu Jatuh Cinta akan disiarkan pada 17 Januari ini pukul 1.30 petang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain