PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam merupakan antara artis yang paling popular dalam senarai ‘Trending’ (#) sepanjang tahun ini menerusi enjin carian Google.
Laporan Google Zeitgeist 2013 juga menyenaraikan pelakon Emma Maembong menduduki ‘trending’ kedua dan diikuti Syarifah Sakinah pada tempat ketiga.
Bagi kategori siri televisyen pula meletakkan drama bersiri Setia Hujung Nyawa lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose pada ‘trending’ pertama diikuti Teduhan Kasih dan Cinta Jannah.
Ketiga-tiga drama ini disiarkan menerusi TV3 sementara Teduhan kasih mendapat rating 3.2 juta penonton.
Bagi kategori filem tempatan pula, KL Gangster 2 antara filem menduduki ‘trending’ pertama diikuti Highland Tower dan Psiko Pencuri Hati.
Google Zeitgeist 2013 dalam kenyataannya turut menyatakan rancangan kanak-kanak Upin & Ipin antara siri televisyen paling ramai di cari menerusi enjin carian Google itu diikuti Running Man dan Ultraman.
Kenyataan itu turut menyebut, kisah kematian pelakon Fast & Furious iaitu Paul Walker pada 30 November lalu mencatatkan jumlah carian paling tinggi manakala penyanyi jalanan dari Indonesia yang menjadi fenomena iaitu Tegar menduduki tempat kedua.
Tempat ketiga pula yang menjadi ‘trending’ ialah rakaman video kisah pemain bola sepak Nor Sharul Idlan Talaha atau Mat Yo dalam insiden kontroversi bersama pengawal keselamatan.
Statistik Google Zeitgeist 2013 ini dibuat bagi memperlihatkan kata kunci paling tinggi melalui enjin carian Google.
Berikut ini senarai 10 ‘trending’ yang dicatatkan oleh Google sepanjang 2013.
Selebriti tempatan (Trending)
1. Izzue Islam
2. Emma Maembong
3. Sharifah Sakinah
4. Nelydia Senrose
5. Ashraf Muslim
6. Fizz Fairuz
7. Afiq Muiz
8. Adi Putera
9. Fiza (Elite)
10. Amar Asyraf
Siri Televisyen (Trending)
1. Setia Hujung Nyawa
2. Teduhan Kasih
3. Cinta Jannah
4. Adam dan Hawa
5. Sehangat Asmara
6. Kampung Girl
7. Cinta Jangan Pergi
8. Sedetik Cinta
9. Asmara Luna
10. Dahlia
Filem Tempatan (Trending)
1. KL Gangster 2
2. Highland Tower
3. Psiko Pencuri Hati
4. Vikingdom
5. Juvana
6. Bikers Kental
7. Adnan Sempit 3
8. KL Zombie
9. Langgar
10. Gangster Celop
Carian Popular Siri Televisyen
1. Upin & Ipin
2. Running Man
3. Ultraman
4. Boboiboy
5. Adam & Hawa
6. Cinta Jannah
7. Slugterra
8. Thendral
9. Ben 10
10. Nadhaswaram