Adira Tidak Guna Pengaruh Kekasih Untuk Hasilkan Produk - Hiburan | mStar

Adira Tidak Guna Pengaruh Kekasih Untuk Hasilkan Produk

Adira menunjukkan produk kecantikannya.
Adira menunjukkan produk kecantikannya.

PETALING JAYA: Penyanyi Adira menolak dakwaan sesetengah pihak dia cuba menggunakan pengaruh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, yang juga kekasihnya bagi memudahkan dia untuk menceburi bidang kecantikan.

Adira, 23, yang kini mempunyai produk kecantikan jenama sendiri iaitu Adira Beauty Signature berkata, dia tidak pernah menggunakan kesempatan itu tetapi mengakui mempelajari selok-belok perniagaan daripada pemuda itu.

"Kenapa perlu saya menggunakan kesempatan terhadap dia? Setakat ini saya hanya belajar daripadanya tentang cara-cara berniaga.

"Saya juga turut belajar ilmu perniagaan menerusi teman-teman yang biasa di bidang ini," katanya.

Adira ditemui pada majlis pelancaran produk sabun pencuci muka dan badan Adira Beauty Signature di Solaris Dutamas, di sini, pada Selasa.

Tambah Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, dia sudah lama mengkaji produk sabun tersebut dan mula melakukan proses-proses tertentu produknya di Melaka setahun lalu sebelum ia dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian sebelum produk berkenaan dibenarkan untuk jualan.

"Tak sangka juga ya, proses untuk menunggu kelulusan KKM juga mengambil masa hampir lima bulan di mana baru bulan lepas produk saya ini diluluskan.

"Dalam pada itu, tujuan saya muncul dengan produk baru adalah kerana sebelum ini saya mendapati ramai ejen jualan langsung produk kecantikan menggunakan nama saya untuk melariskan jualan.

“Cuma kasihan pula dekat peminat di mana ada di antara mereka menyangka saya pernah menggunakan produk tersebut," tuturnya.

Sementara itu, sabun Adira Beauty Signature yang mengandungi ekstrak buah, Glutathione, minyak Jojoba dan Vitamin C berharga RM60 boleh dibeli secara dalam talian, Twitter, Facebook dan Instagram di bawah nama jenama tersebut atau boleh hubungi 017-3204300.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain