Lisdawati Lega Tiada Diskriminasi Terhadap Pelakon Bertudung - Hiburan | mStar

Lisdawati Lega Tiada Diskriminasi Terhadap Pelakon Bertudung

Lisdawati bersyukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah.
Lisdawati bersyukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah.

PETALING JAYA: Dramatis Lisdawati berasa lega apabila pihak produksi tempatan tidak meletakkan sebarang diskriminasi terhadap pelakon bertudung sepertinya untuk berlakon dalam drama terbitan mereka.

Lisdawati berkata, sejak mula berhijab dia tidak pernah bimbang kerjaya lakonannya akan malap dan yakin perubahan itu akan membuka lagi pintu rezekinya.

"Sejak saya berhijab enam bulan lalu tawaran berlakon yang diterima masih banyak dan pihak produksi sedia bertolak-ansur tentang imej terbaharu saya dan akan mengubah suai watak diberikan bersesuaian dengan diri saya.

"Malah saya tidak lihat ada apa-apa diskriminasi terhadap pelakon bertudung dan ini adalah perkara yang sangat positif," katanya kepada mStar Online.

Tambah Lisdawati, walaupun sebelum ini ada salah faham mengatakan dia sedia membuka tudung untuk memenuhi sesuatu peranan tetapi dia menegaskan tidak akan sesekali membiarkan rambutnya dilihat oleh orang lain.

"Tiada istilah untuk buka tudung berlakon kerana jika sudah pakai tidak akan buka balik. Rambut saya tidak akan dilihat oleh sesiapa dalam mana-mana drama.

"Jika ada yang menonton drama saya tidak bertudung itu bererti ia adalah projek sebelum saya berhijab dan rasanya masih ada beberapa drama lakonan saya yang masih belum ditayangkan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Lisdawati, dia sedar watak untuknya terhad dan dia tidak boleh lagi bersikap memilih terhadap watak yang diberikan kepadanya.

"Jika ia bersesuaian saya akan ambil kerana peranan untuk wanita bertudung agak terhad namun Alhamdulillah rezeki masih ada," jelasnya.

Artikel Sebelum

Heidi Klum Jadi Tua Sempena Halloween

Artikel Berikut

Metallica Mengakui Peminat Justin Bieber

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus