suria

Ben Affleck Sekat Kad Kredit Isteri

Ben Affleck kawal perbelanjaan Jennifer Garner sekiranya wanita itu masih boros.
Ben Affleck kawal perbelanjaan Jennifer Garner sekiranya wanita itu masih boros.
Ben Affleck kawal perbelanjaan Jennifer Garner sekiranya wanita itu masih boros.

RUMAH tangga pasangan selebriti Ben Afleck dan Jennifer Garner sering dilihat bahagia. Namun ada satu perkara yang membuatkan bintang Argo itu geram dengan tabiat isterinya.

Menurut laporan Showbitzspy, Ben pernah mengugut menyekat kad kredit isterinya kerana terlalu boros membeli belah.

Hal tersebut diperkatakan selepas Jennifer dan anaknya Violet ke kedai pakaian Pom Bensin di West Hollywood, Amerika Syarikat di mana mereka mendapat perhatian orang di sekeliling kedai berkenaan.

"Jennifer mengeluarkan kad kredit dan kemudian Violet terus mengingatkannya berkata 'Ayah dah pesan jangan boros, kalau tak dia akan sekat kad kredit kamu' di depan jurujual," kata sumber.

Kata-kata Violet membuatkan wajah Jennifer merah padam dan dia terus menyangkal anaknya mengatakan: "Violet, ayah kamu cuma bergurau."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain