suria

Pertandingan Karaoke Syawal Di Giant Ahad Ini

PETALING JAYA: Pasar raya terkemuka Giant Hypermarket cawangan Subang Jaya, dekat sini memberi ruang kepada orang ramai untuk memenangi hadiah wang tunai dalam pertandingan karaoke lagu-lagu Hari Raya.

Jurucakap yang juga pengacara majlis itu Kelly Azman berkata, pertandingan berkenaan yang akan berlangsung pada Ahad ini adalah bertujuan menghargai pengunjung pasar raya berkenaan selain memeriahkan suasana Syawal.

“Sebanyak dua peringkat akan diadakan iaitu saringan dan akhir pada hari berkenaan. Peringkat saringan akan bermula dari pukul 2 hingga 5 petang manakala peringkat akhir pula pada pukul 8 malam. Saya berharap orang ramai dapat hadir untuk memeriahkan pertandingan ini,” katanya kepada mStar Online.

Kelly berkata, pertandingan yang turut dibuka kepada golongan kanak-kanak ini akan membolehkan 10 peserta pada peringkat saringan menguji kemampuan masing-masing pada peringkat akhir untuk dipilih sebagai juara.

Pemegang tempat pertama bagi kategori dewasa akan membawa pulang RM500 sementara juara kanak-kanak pula akan mendapat RM200.

“Tiada apa-apa bayaran perlu dikeluarkan oleh peserta untuk menyertai pertandingan ini tetapi mereka perlu membawa sendiri cekera padat video (VCD) lagu Hari Raya masing-masing,” ujarnya.

Antara artis yang akan mengadili acara itu ialah penyanyi Fazli Zainal dan pelakon Ery Putera.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 012-2473015 dan 010-3760992 untuk maklumat lanjut.

Artikel Berikut

Artikel Lain