suria

Rihanna Mahu Bercinta Semula

Rihanna
Rihanna
Rihanna

LONDON: Penyanyi Rihanna yang menganggap kehidupan solonya terlalu diperkatakan dan mendapat publisiti yang keterlaluan, kini mahu menjalin hubungan cinta semula.

Laman web femalefirst.co.uk melaporkan, bintang berusia 24 tahun yang berpisah dengan penyanyi Chris Brown selepas insiden dirinya dipukul pada 2009, mengakui dia tidak suka hidup bersendirian tanpa kekasih.

“Saya tidak mempunyai kekasih. Ia adalah sesuatu yang saya tidak suka.

"Saya menikmati pengalaman hidup yang hebat tetapi ia perlu dikongsi bersama seseorang. Itu (tanpa kekasih) adalah sesuatu yang tidak saya miliki pada waktu ini,” katanya.

Mengakui kebanyakan lelaki akan berasa rendah diri dengan popularitinya, Rihanna menambah: “Ya tetapi dalam kes itu mungkin mereka (lelaki) bukan calon terbaik untuk saya kerana tiada apa yang boleh saya lakukan tentang perkara tersebut (populariti).

“Saya mencari lelaki yang tenang, bersahaja, menyeronokkan dan lucu.” - IANS

Artikel Lain