suria

Whitney Houston Dedah Rahsia Mahu Kahwin Michael Jackson

Whitney Houston
Whitney Houston
Whitney Houston

WASHINGTON: Mendiang penyanyi Whitney Houston pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Raja Pop Michael Jackson pada satu ketika dulu, demikian menurut pengakuan rakan kedua-dua bintang itu, David Gest.

Penerbit muzik yang menjadi tempat mengadu bagi dua penyanyi tersebut percaya bahawa Houston teringin untuk menjalin hubungan dengan penyanyi lagu Thriller itu, tetapi Jackson dikatakan terlalu pemalu untuk memulakan langkah.

“Dia (Whitney) terlalu mencintai Michael dan begitulah sebaliknya. Michael pernah berkata kepada saya, mereka pernah berkongsi ciuman yang penuh berahi. Whitney juga ada memberitahu dia terlalu mencintai Michael.

“Saya rasa Whitney mahu mengahwini Michael, tetapi dia (Michael) terlalu pemalu untuk memulakan hubungan,” katanya seperti dipetik laman web contactmusic.com.

Dia menambah: “Kemudiannya, Michael pernah meluahkan kepada saya, dia patut memulakan langkah ketika itu. Jika mereka bersama, mungkin Whitney tidak akan terlibat dalam penagihan dadah dan suka menyendiri.” - ANI

Artikel Berikut

Artikel Lain