suria

Whitney Houston Selamat Disemadikan Di New Jersey

Peminat penyanyi Whitney Houston hadir memberikan penghormatan terakhir di kawasan perkuburan mendiang itu di Newark, New Jersey pada Ahad.
Peminat penyanyi Whitney Houston hadir memberikan penghormatan terakhir di kawasan perkuburan mendiang itu di Newark, New Jersey pada Ahad.
Peminat penyanyi Whitney Houston hadir memberikan penghormatan terakhir di kawasan perkuburan mendiang itu di Newark, New Jersey pada Ahad.

SEMINGGU berlalu sejak kematian penyanyi diva Whitney Houston, mendiang akhirnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Newark, New Jersey dalam upacara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman-teman rapat pada Ahad (waktu tempatan).

Bintang pop yang terkenal pada pertengahan era 80-an itu ditemui mati dalam keadaan terbenam di dalam tab mandi di bilik hotelnya di Beverly Hills pada minggu lalu. Punca kematian penyanyi itu masih disiasat.

Kelihatan berpuluh peminat beratur di sepanjang penghadang jalan yang menjadi laluan kereta mayat penyanyi itu dari rumah pengebumian di Newark, New Jersey sehingga tanah perkuburan Forest Lawn dekat Westfield. Mendiang disemadikan bersebelahan dengan kubur bapanya.

“Ia diselubungi suasana yang penuh emosi,” kata penduduk Westfield, Teresa Giannetta, 35, yang turut hadir pada acara itu bersama anaknya Julia, 8.

Seperti peminat-peminat lain, Giannetta berkata dia juga membesar dengan muzik Houston dan menyifatkan penyanyi seperti ‘suara bagi zaman kanak-kanaknya.’

“Pengebumian penyanyi itu di sini adalah satu kenangan pahit dan manis bagi kami yang tinggal di kawasan ini,” katanya.

Sehari sebelum pengembumian Houston, bintang-bintang Hollywood, keluarga dan rakan-rakan terdekat sempat memberikan penghormatan terakhir dalam upacara khas di sebuah gereja di kampung halamannya itu.

Gereja Baptis New Hope di Newark menjadi lokasi pertama penyanyi itu mengasah bakat nyanyiannya sebagai penyanyi koir muda di samping ibunya Cissy Houston yang merupakan penyanyi latar kepada Aretha Franklin.

Keluarga penyanyi itu enggan mengadakan upacara penghormatan terakhir secara terbuka dan khalayak umum seperti yang berlaku pada penyanyi Michaek Jakcson sebelum ini.

Namun, mereka membenarkan upacara berdurasi empat jam itu disiarkan secara langsung di televisyen. - REUTERS

Artikel Sebelum

Victoria Beckham Enggan Anak Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain