suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Suami Katy Perry Jalin Hubungan Dengan Pelukis Mexico

Russell Brand
Russell Brand
Russell Brand

LONDON: Pelawak British, Russell Brand dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang pelukis warga Mexico.

Laman wen thesun.co.uk melaporkan, pelukis bernama Oriela Medellin Amieiro, 25, itu dilihat menyelinap keluar dari rumah Russell pada minggu lalu selepas bermalam di situ.

Difahamkan, Brand yang memfailkan perceraian dengan penyanyi Katy Perry pada Disember lalu, mula menjalin hubungan dengan pelukis tersebut selepas mereka berkenalan dalam kelas yoga.

Ketika ditanya adakah mereka sedang menjalin hubungan, pelawak berusia 36 tahun itu berkata: “Saya tidak selesa untuk bercakap mengenai perkara ini.”

Portfolio kerja Amieiro meliputi elemen lukisan individu yang berbogel dan hasil kerjanya dijual setinggi RM21,700 (4,500 pound) setiap satu.

Artikel Sebelum

Victoria Beckham Enggan Anak Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain