suria

Beyonce Bakal Muncul Dengan Dua Album

Beyonce.
Beyonce.
Beyonce.

PENYANYI terkenal, Beyonce dilaporkan bakal muncul dengan dua album terbaharu pada tahun ini yang dikatakan akan diterbitkan oleh Ryan Tedder.

Ryan yang baru sahaja memenangi trofi Album Terbaik di Anugerah Grammy menjelaskan perbincangan mengenai projek tersebut telah dimulakan dan menjangkakan ia akan menjadi fenomena.

"Dua projek akan dijalankan sekali gus dan perbincangan telah pun dimulakan," ujarnya.

Penerbit album itu sebelum ini pernah membantu penyanyi Lana Del Rey menaikkan namanya menerusi lagu Video Games dan pernah bekerjasama dengan kumpulan One Republic.

Beyonce yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya, Blue Ivy dijangka akan kembali memeriahkan dunia hiburan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Artikel Berikut

Adele Bakal Rakam Lagu Baru

Artikel Lain