suria

Astro Bella Nafas Baru Drama Telenovela

Khairul Anwar Salleh (kanan) bersama pengurus saluran Astro Bella, Natasha Hashim (tengah) dan Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Khairul Anwar Salleh (kanan) bersama pengurus saluran Astro Bella, Natasha Hashim (tengah) dan Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.
Khairul Anwar Salleh (kanan) bersama pengurus saluran Astro Bella, Natasha Hashim (tengah) dan Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

PETALING JAYA: Para penggemar rancangan telenovela di negara ini akan lebih teruja dengan pelancaran Astro Bella, sebuah saluran yang menghimpunkan pelbagai drama telenovela dari seluruh dunia.

Astro Bella (saluran 133) yang merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika ini akan memberi nafas baru kepada kandungan pakej yang sedia ada bagi menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan siarannya pada 5 Mac depan.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, Astro Bella bakal memberi tumpuan kepada drama telenovela dari seluruh dunia termasuk Latin, Asia dan tempatan kecuali sinetron dari Indonesia.

“Semasa pakej Mustika diperkenalkan buat pertama kalinya kepada umum pada tahun 2009, kami berazam untuk memberikan kandungan premium dan terbaik daripada program-program dari saluran-saluran yang ada.

"Untuk kekal relevan, kami sentiasa memastikan bahawa program-program yang ditawarkan terus menepati cita rasa pelanggan," katanya.

Telenovela yang sememangnya terkenal dengan pengisian melodramatik yang berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan, serta keperibadian setiap watak yang dilakonkan bintang-bintang tersohor dan sedang meningkat naik.

Astro Bella menyasarkan golongan wanita berusia 18 tahun ke atas lebih-lebih lagi peminat yang mempunyai impian serta mengagumi kehidupan wanita Latin. Sebagai permulaan, saluran itu akan menyajikan pengisian kandungan Latin dan Asia kepada para penonton sepanjang tahun.

Penonton juga diberi jaminan bahawa semua rancangan yang disiarkan menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sempena pelancaran Astro Bella pada bulan Mac ini, pelanggan juga berpeluang menonton Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog) , Diabla Daniela (Latin), Emparatriz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).

Astro Bella akan mula bersiaran bermula 5 Mac 2012 melalui pakej Mustika pada harga RM12.95 sebulan. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1-300-82-777.

Artikel Berikut

Adele Bakal Rakam Lagu Baru

Artikel Lain