suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Whitney Houston Meninggal Dunia

LOS ANGELES: Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya.

Jurucakap Whitney, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu sebentar tadi.

Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan ole keluarga penyanyi kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, menurut polis di Beverly Hills, Lt Mark Rosen, kematian tersebut masih lagi dalam siasatan polis.

"Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah," katanya.

Tambah Rosen, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.

Artikel Berikut

Artikel Lain