suria

Julia Roberts Beri Peringatan Kepada Kekasih Adele

Julia Roberts
Julia Roberts
Julia Roberts

AKTRES Julia Roberts memberi peringatan kepada lelaki yang berjaya menawan hati penyanyi Adele agar menjaganya dengan baik.

Julia yang juga peminat penyanyi lagu Someone Like You ini menganggap Adele merupakan anak seni yang gigih memperjuangkan muziknya.

"Siapa pun yang berjaya mengambil hati Adele perlu menjaganya dengan baik dan tolong jangan sakiti dia.

"Dia seorang yang sangat kuat apabila berjaya dalam bidang nyanyian ketika sedang melawan penyakit yang dihadapinya sekarang," katanya seperti dilaporkan oleh Splashnews.

Julia yang menulis artikel tentang penyanyi tersebut mengakui kagum dengan perjuangan Adele dan meminati semua karyanya.

"Dia seorang yang sangat menakjubkan, apa yang saya hayati adalah muzik yang dibawakan adalah berkaitan tentang kehidupan yang sedang dilaluinya," kata Julia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain