suria

Marcell Rakam Semula Lagu Lama

Marcell Siahaan
Marcell Siahaan
Marcell Siahaan

JAKARTA:Penyanyi Marcell Siahaan mengakui tidak kisah untuk merakamkan semula lagu-lagu lama untuk dimuatkan dalam album barunya.

Dia kini sudah memberi nafas baru dalam empat buah lagu lama yang salah satunya merupakan lagu kumpulan Armada, Mau Dibawa Ke Mana.

“Sekarang sudah ada empat buah lagu lama yang saya nyanyikan semula, kesemua lagu itu merupakan lagu yang saya suka.

“Ketika mereka menawarkan lagu tersebut untuk dinyanyikan semula saya terus setuju, lagi pula ini merupakan penghargaan buat kumpulan Armada,” katanya seperti dipetik DetikHot.com. Ketika keluar dalam industri hiburan, Marcell dikenali dengan lagu-lagu berat sedangkan industri hiburan Indonesia dibanjiri dengan kumpulan muzik muda dan baru.

“Ketika ramai band Indonesia membawakan muzik Melayu, saya masih memperjuangkan muzik saya yang mana ramai yang menganggap ia berat.

“Sekarang saya cuba untuk membawa muzik yang mengenai golongan sasaran dan apa yang masyarakat mahukan,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Cara Tiz Zaqyah Jaga Kecantikan

Artikel Lain