Rumah Pokok Heath Ledger Dijual RM9.5 Juta - Hiburan | mStar

Rumah Pokok Heath Ledger Dijual RM9.5 Juta

RUMAH mendiang Heath Ledger (gambar) di Hollywood Hills dikhabarkan akan dijual pada harga RM9,479,174.89.

Menurut Dailymail, Jumaat, rumah yang dinamakan 'The Tree House' itu dibina pada tahun 1951 dengan dua bilik tidur, dua bilik mandi dan dapur serta dilengkapi dengan dinding batu bata dan nuansa retro.

Terdapat bilik sederhana yang bernuansa kontemporari dan ruang yang luas untuk mengadakan pertemuan. Ada juga taman zen seperti dalam filem 'Alice in Wonderland'.

Rumah tersebut terletak di bukit terpencil dengan keluasan hampir setengah hektar. Di luarnya terdapat kawasan yang menempatkan ruang memanggang dan unggun api.

Sebelum ini, pelawak, hos televisyen dan pelakon Ellen DeGeneres sempat memiliki rumah tersebut namun sudah dijual lagi.

Ledger yang pernah berlakon dalam filem 'Brokeback Mountain' telah meinggal dunia ketika umurnya 28 tahun akibat terlebih mengambil dadah pada tahun 2008 lalu.

Artikel Sebelum

Riuh Raya ERAthon Catat Rekod

Artikel Berikut

Amber Chia Kongsi Rahsia Kecantikan di TV2

Artikel Berkaitan

Artikel Lain